PROGRAM TINYTECHIES NADI (LEGO BUILDING)– BERSAMA TABIKA KEMAS FELDA PALONG TIMUR 1
Aktiviti terkini | 30 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Palong Timur 1
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Dalam melaksanakan program ini, kerjasama di antara guru dan staf NADI dalam menanamkan minat pelajar dalam dunia sains dan teknologi adalah sangat penting bagi memastikan pelajar cenderung melakukan aktivti-aktiviti yang boleh merangsang pemikiran yang kreatif dan inovatif.
Tujuan :
• Program ini bertujuan memperincikan pelaksanaan program NADI Pintar Bersama komuniti setempat disamping memperkenalkan kepada pelajar mengenai konsep sains dan teknologi dengan cara yang asas dan mudah difahami.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 9.30 Pagi : Taklimat Program
Staf NADI memberi penerangan dan pencerahan mengenai program yang dilaksanakan kepada pelajar dan guru.
• 9.50 Pagi – 10.30 Pagi : Program Lego Building Bermula
Program dilaksanakan dengan memberi lego kepada pelajar TABIKA. Kemudian, pelajar dipantau oleh staf serta dibantu oleh guru dalam pemasangan lego sehingga selesai.
• 10.30 – 11.00 tengahari : Pemberian Cenderahati
: Sesi Bergambar
: Bersurai
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Mengeratkan kerjasama di antara Pengurus NADI dan TABIKA Kemas Felda Palong Timur 1.
• Meningkatkan kefahaman mengenai program NADI Pintar di NADI felda Palong Timur 1.
• Memberi kesenorokan kepada pelajar dalam mempelajari ilmu sains dan teknologi.
• Menggalakkan pelajar dan komuniti untuk mengunjungi NADI serta terlibat dengan program yang dilaksanakan di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :