PROGRAM PENGISIAN PADU

Aktiviti terkini | 28 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Palong Timur 1


Nama VIP :
• En Karim Bin Zainudin (Pengurus Pejabat Felda Palong Timur 1)
• Encik Mohd Salleh Bin Md Yusoff (Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia daerah Muar)
• Puan Nur Syahirah Binti Baharudin (SDA Pejabat felda Palong Timur 1)
• Puan Sujana Binti Ruslan (Pembantu Perangkaan daerah Muar)

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini terbuka kepada semua komuniti di Felda Palong Timur.
• Program ini diadakan dengan kerjasama PEDI Felda Palong Timur 3, Pejabat Felda Palong Timur 1 dan Jabatan Perangkaan Malaysia daerah Muar.
• 2 orang pegawai dan 5 orang kakitangan dari Jabatan Perangkaan Malaysia daerah Muar bersama-sama di dalam program ini.
• Sebelum program bermula, komuniti Felda Palong Timur 1 akan mengikuti ‘rollcall’ bersama pengurusan Felda.
• PADU berperanan untuk memastikan rakyat Malaysia menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat. PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU
• Semua peserta dikehendaki membawa telefon bimbit, ⁠kad pengenalan ketua isi rumah, ⁠kad pengenalan semua isi rumah, ⁠nombor akaun bank ketua isi rumah dan ⁠nombor akaun isi rumah (jika ada). Seterusnya pegawai-pegawai tersebut akan akan mengisi data yang diperlukan di laman web https://padu.gov.my/ sambal dibantu oleh petugas PEDi

Tujuan :
• Untuk membantu pengisian Padu bagi golongan yang kurang mahir pengisian secara online.
• Untuk mempelbagaikan aktiviti PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Aturcara :
• 8.00 pagi : Pendaftaran
• 8.30 pagi : Ucapan Pengurus Felda
: Ucapan Ketua Peneroka
: Sesi MSPO
• 10.30 pagi : Sesi Penerangan PADU oleh Jabatan Perangkaan Negeri dengan kerjasama PEDi Felda Palong Timur 1&3
• 11.30 pagi : Pendaftaran PADU bermula
• Tengahari : Rehat
• 2.00 Petang : Sambungan Pendaftaran PADU
• 4.30 Petang : Sessi bergambar dan Bersurai

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat membantu komuniti mengisi PADU dengan tepat dan betul.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas PEDi, pengurusan Felda dan komuniti di Felda Palong Timur 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :