INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Felda Palong Timur 01 merupakan sambungan terhadap projek Rancangan FELDA Gugusan Palong. Tidak seperti kebanyakan tanah rancangan FELDA Gugusan Palong yang lain yang kebanyakkannya terletak di bawah pentadbiran Felda Wilayah Raja Alias di Negeri Sembilan, FELDA Palong Timur 01 terletak di dalam kawasan pentadbiran Felda Wilayah Segamat, negeri Johor. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat.

Bagi menampung pertambahan penduduk di Felda Palong Timur 01, sambungannya iaitu Felda Palong Timur 02 dan Felda Palong Timur 03 turut dibangunkan.

Kemudahan asas yang disediakan termasuklah sebuah sekolah menengah, sebuah sekolah rendah (sekolah rendah kedua terletak dalam kawasan Palong Timur 03), sebuah masjid dan sebuah stesen minyak mini. Sebuah pondok polis turut didirikan tetapi ia terletak dalam kawasan Felda Palong Timur 03.

Felda Palong Timur 01 dihubungkan ke Gugusan Felda Palong 4-6 melalui jalan raya persekutuan dua lorong berturap. Ia juga dihubungkan ke pekan Batu Anam melalui jalan Estet Tambang yang berturap sejauh 12 km.

Rekreasi & Pelancongan

Dataran Segamat


Dataran Segamat dibina pada tahun 1996, dimana awalnya dikenali sebagai Padang Besar Segamat dan ditukar kepada Dataran Segamat.

Dataran Segamat merupakan lokasi yang penting, di mana pernah menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada tahun 2005, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri pada tahun 2016.

Taman Bunga Batu Hampar


Taman Bunga Batu Hampar menempatkan kediaman rasmi Pegawai Daerah Segamat , Rumah VIP dan Istana Hinggap khas untuk kerabat diraja Johor dimana ia menjadi tempat menginap setiap kali ada kerabat yang mencemar duli singgah di Segamat. Taman Bunga Batu Hampar juga merupakan kawasan riadah yang menjadi tumpuan ramai pada awal pagi dan petang, terutamanya pada hujung minggu dan hari cuti.

Air Terjun Jeram Tinggi


Johor merupakan antara negeri yang tidak kurang hebatnya dalam menyediakan tarikan pelancongan yang berteraskan alam semulajadi.

Terletak di Ulu Jementah, Air Terjun Jeram Tinggi merupakan sebuah kawasan rekreasi untuk anda membasahi badan dengan kesejukan dan kejernihan air terjun yang mengalir dari Taman Negara Johor Gunung Ledang.

Menariknya lagi kerana lokasi ini turut menjadi ‘checkpoint’ bagi aktiviti pendakian ke Gunung Ledang.

Jambatan Putus Buloh Kasap


Jambatan Putus Buloh Kasap yang turut dikenali dengan nama Broken Bridge ini menyimpan sejarah yang begitu berharga berkaitan dengan pertempuran sengit yang pernah berlaku di sini iaitu di antara tentera British dan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Jambatan yang menggunakan senibina kolonial British ini telah diletupkan oleh tentera British bagi melengahkan kemaraan tentera Jepun ke arah Selatan dalam usahanya untuk menawan Singapura.

Ketika tahun 1960 kerajaan mula mengambil langkah untuk membina sebuah jambatan baharu yang terletak berhampiran dengan lokasi ini. Jambatan yang diletupkan ini masih tersisa dan berdiri teguh di atas tapaknya untuk dijadikan paparan kepada pengunjung.

Tempat Makan Menarik

Nasi Ayam Gemas Mustafah, Segamat
Warong Empire Segamat
Restoran Al Rizki 786
Cendol Segar Amat
Kemudahan Awam
Klinik Kesihatan Palong Timur
Masjid Al-Hidayah Palong Timur
Pendidikan
Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur

Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur mula dibuka pada 1hb Ogos 1994 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dan 253 orang pelajar yang dipindahkan dari Sekolah Menengah Palong 4, Negeri Sembilan. Sebanyak 7 buah kelas telah dibuka untuk menampung 3 buah kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas tingkatan 1. Pengasas sekolah ini adalah Tn. Hj Ismail B. Werdani yang telah bertungkus-lumus bersama-sama kakitangan sekolah untuk membangunkan sekolah pada masa itu.

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur

Sekolah Rendah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur terletak di kawasan Felda Palong Timur 1. Ia juga dikenali sebagai SK LKTP Palong Timur 1 kerana ia adalah sekolah rendah pertama diwujudkan di Palong Timur. Bangunan sekolah ini dibina pada tahun 1990.

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 terletak di kawasan Felda Palong Timur 3 dan kawasan Felda Palong Timur 1. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 kerana ia merupakan sekolah rendah yang ke2 didirikan di kawasan Felda Palong Timur. Sekolah ini didirikan kerana bagi membantu menampung kuantiti pelajar yang terdiri dari anak atau ahli peneroka.

Kisah Kejayaan
Nama : Muhammad Izz Firas Irfan Bin Hafezzuddin
Umur : 10 Tahun
Tahun Menjadi Ahli : 28 November 2016
Pendidikan : Sekolah Rendah

Latar Belakang

Muhammad Izz Firas Irfan Bin Hafezzuddin atau lebih dikenali dengan nama Irfan berumur 10 tahun merupakan pelajar Sekolah Rendah di Tahun 4. Beliau merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik lelaki. Beliau bercita-cita menjadi seorang guru apabila dewasa kelak.

Beliau merupakan ahli NADI Felda Palong Timur 1 yang aktif kerana selalu menghadiri serta melibatkan diri di dalam program ICT. Selain itu, beliau juga rajin melibatkan diri di setiap program bulanan yang dianjurkan oleh NADI Felda Palong Timur 1 ini. Bagi beliau apabila mengikuti atau menghadirkan diri di dalam program ICT dan program bulanan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai ICT kerana pada masa kini pembelajaran di sekolah banyak yang melibatkan ICT dan beliau tidak mahu ketinggalan mengenainya. Selain itu, masa lapang juga dapat didisi dengan baik dan berfaedah.

Beliau juga seorang yang aktif, rajin dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Beliau selalu datang ke NADI bersama-sama abangnya untuk mempelajari ICT serta membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Pada waktu lapang, beliau akan menonton youtube.

Pada awalnya, beliau sangat takut untuk menggunakan komputer. Tetapi apabila kerapkali datang dan selalu bertanya kepada petugas NADI, beliau menjadi semakin mahir untuk menggunakan komputer. Lama kelamaan beliau semakin seronok untuk hadir ke NADI untuk menambah lagi ilmu dan mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti yang diadakan oleh petugas NADI. Beliau juga seorang yang aktif, bijak, dan juga rajin membantu.


Muhammad Iqbal Bin Mohd Sollehin yang lebih dikenali sebagai Iqbal merupakan pelajar sekolah Menengah dan kini berusia 13 tahun. Beliau bercita-cita menjadi bomba apabila dewasa kelak.

Apabila berada di NADI dan mempunyai masa lapang beliau akan mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah beliau di NADI sebelum beliau bermain bersama rakan-rakan beliau. Selain itu, beliau juga rajin melayari internet bagi mencari maklumat mengenai pembelajaran beliau di sekolah.

Beliau telah mengetahui asas-asas yang terdapat pada Microsoft Office Word dan Microsoft Office Power Point kerana sering mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh NADI Felda Palong Timur 3 dan sekaligus menjadikan beliau seorang ahli yang aktif di dalam NADI Felda Palong Timur 3.

Selain itu, apabila mempunyai program di PEDi beliau rajin melibatkan diri di setiap program yang dianjurkan oleh NADI Felda Palong Timur 3 ini. Bagi beliau apabila mengikuti atau hadir di program ICT seperti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai ICT kerana pada masa kini pembelajaran di sekolah banyak yang melibatkan ICT dan beliau tidak mahu ketinggalan mengenainya.

Keusahawanan
Usahawan Makanan (Kerepek Pisang dan Tempe Sira)


Nama : Md Rihdwan Bin Amran
No Telefon : 011-3382310
Paltform Perniagaan : Telegram, Whatsapp
Produk : Makanan (Kerepek Pisang Tanduk, Tempe dan Tempe Sira)
Mula Perniagaan : Jun 2022

● Mengusahakan perniagaan membuat kerepek pisang dan tempe berjenama Dapur Chef Chila kerana perniagaan bersama isteri beliau Shahila binti Sa’ngib.
● Antara pencapaian yang telah dicapai ialah apabila beliau mendapat pelanggan luar daripada Negeri Johor iaitu Negeri Terengganu, Pahang dan Selangor melalui hebahan whatsApp dan melalui kawan-kawan yang banyak membantu.
● Beliau selalu mengikuti Latihan Keusahawanan di NADI seperti Kelas Magnet Rezeki, Kelas Shopee, Kelas Media Digital Felda @ Celcom, dan Kelas Pendaftaran Perniagaan 2022.


Usahawan Barangan dan Produk Kesihatan


Nama : Hazlita Binti Mohd Saffie
No Telefon : 011-14971568
Paltform Perniagaan : Telegram, Whatsapp & Facebook
Email : hazlitasaffie84@gmail.com
Produk : Barangan dan Produk Kesihatan
Mula Perniagaan : Jun 2021
● Mengusahakan perniagaan menjual produk-produk kesihatan seperti minyak angin, sarang burung, minyak bidara dan bermacam lagi.
● Memulakan perniagaan sekitar 3 tahun yang lalu selepas wabak covid-19 melanda Malaysia.
● Beliau sering mengikuti latihan keusahawanan seperti kelas keusahawanan, kelas pendaftaran perniagaan dan Program Jelajah Usahawan NADI.
● NADI membantu beliau dengan membantu mempromosikan perniagaan beliau dan sering mengadakan program keusahawanan.
● Beliau berjaya membuat jualan sebanyak RM600 sebulan