PROGRAM PENGISIAN PADU

Aktiviti terkini | 7 & 17 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Palong Timur 1

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini terbuka kepada semua komuniti di Felda Palong Timur.
• PADU berperanan untuk memastikan rakyat Malaysia menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat. PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU
• Sasaran utama bagi program ini ialah komuniti di Felda Palong Timur terutama yang berumur 50 tahun ke atas, di mana pengisian padu akan dibantu oleh 4 orang Pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia daerah Muar. Walaubagaimanapun, komuniti yang berumur 50 tahun ke bawah juga dijemput hadir ke PEDi bagi bersama-sama mengisi PADU.
• Semua peserta dikehendaki membawa telefon bimbit, kad pengenalan ketua isi rumah, kad pengenalan semua isi rumah, nombor akaun bank ketua isi rumah dan nombor akaun isi rumah (jika ada). Seterusnya pegawai-pegawai tersebut akan akan mengisi data yang diperlukan di laman web https://padu.gov.my/ sambal dibantu oleh petugas PEDi.

Tujuan :
• Untuk membantu pengisian Padu bagi golongan yang kurang mahir pengisian secara online
• Untuk mempelbagaikan aktiviti di PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 10.00 pagi: Peserta berkumpul untuk pendaftaran.
• 10.15 pagi: Program PADU bermula
• 1.00 tengahari: Rehat
• 2.00 petang: Program PADU bermula
• 4.00 petang: Tamat

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat membantu komuniti mengisi PADU dengan tepat dan betul.
• Dapat menarik minat komuniti untuk berkunjung ke PEDi.
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara petugas PEDi dan komuniti di Felda Palong Timur 1.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :